Followers

Friday 9 October 2009

Sejarah Sekolah

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1951 oleh penduduk Rumah Panjang Sungai Bangkong secara gotong-royong. Pada awalnya hanya terdapat sebuah bangunan sahaja. Bangunan ini dibina dengan tiang belian, atap daun dengan 2 tingkat berukuran 30’ x 50’. Tingkat bawah digunakan sebagai bilik darjah dan dewan makan sementara di tingkat atas digunakan sebagai asrama lelaki dan asrama perempuan.
 Sekolah ini pada asalnya diberi nama SRK SG.BANGKONG kerana keseluruhan pembinaannya dilakukan oleh penduduk di situ. Bila ia dibuka ,bilangan pelajar adalah seramai 68 orang .Guru yang PERTAMA mengajar di sini ialah Encik George Labut.
 Pada Tahun 1956 Jabatan Pendidikan telah membina sebuah bangunan baru yang menempatkan 5 buah Bilik Darjah dan 1 Bilik Pejabat yang dibina dengan lantai limen, dinding papan dan atap asbestos .
 Dalam Tahun 1960 sekolah ini ditukar namanya SK KABO HILIR atas sebab keluarga –keluarga dari Rumah Panjang berdekatan turut menghantar anak-anak mereka untuk belajar di situ.(Satu-satunya sekolah yang ada di kawasan KABO).  
 Jaraknya dari Pekan Saratok ialah 30 kilometer dan berkeluasan kira-kira 2.5 ekar.
 Pada masa sekarang, terdapat 12 orang guru dan 5 orang kakitangan sokongan yang sedang berkhidmat di sekolah ini, manakala jumlah rumah yang ada disekolah ini hanya 8 buah sahaja.


No comments:

Post a Comment