Followers

Sunday, 25 October 2009

PIAGAM PELANGGAN

PIAGAM PELANGGAN
Bahawa kami warga SK Kabo Hilir berjanji untuk
memberikan perkhidmatan yang terbaik
kepada pelanggan kami seperti berikut :-
Murid :
Memberi pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti
kepada setiap murid secara adil dan saksama.
Memastikan semua murid yang mendaftar di sekolah ini
mendapat layanan yang adil dan sama rata.
Memastikan semua murid yang layak mendapat pinjaman
buku teks untuk tahun berikutnya menerima ,
sebelum sesi persekolahan berakhir.
Memastikan semua murid tahap dua mendapat peluang menyertai kegiatan ko-kurikulum dan menjadi ahli kepada sekurang-kurangnya satu kelab akademik/persatuan,
satu kelab beruniform dan satu aktiviti sukan/permainan.
Peluang diberi kepada murid tahap satu untuk menyertai satu aktiviti kokurikulum mengikut minat dengan kebenaran ibubapa.
Guru dan kakitangan :
Setiap guru dan kakitangan sekolah menerima latihan dalaman dalam bidang masing-masing sekurang-kurangnya
dua kali setahun.
Sebarang masalah/kesulitan yang dihadapi oleh setiap guru dan kakitangan akan diambil tindakan segera.
Waris:
Setiap waris murid yang berurusan dengan sekolah
akan dilayan secara adil dan sama rata.
Setiap cadangan/usul yang baik dan munasabah akan dibincang
dalam mesyuarat AJK PIBG.
· Bekerjasama dan Menjalinkan hubungan Mesra
dengan waris dan Masyarakat.
Jabatan Pelajaran:
Memastikan setiap arahan dan permohonan dari PPG / JPN / KPM
mendapat tindakan sehari selepas surat/arahan diterima.

No comments:

Post a Comment