1. Memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan secara menyeluruh 2. Mencapai kejayaan yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum 3. Memastikan setiap murid bersikap bertanggungjawab, berakhlak mulia dan bersopan santun. 4. Memupuk susana harmoni di semua peringkat yang melibatkan warga sekolah, ibubapa dan pelajar 5. Memastikan persekitaran bersih, ceria dan selamat. 6. Memastikan disiplin sekolah terkawal.
FALSAFAH SEKOLAH
Bahawasanya murid-murid di sekolah ini adalah mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dengan itu peluang seluas-luasnya akan diberikan kepada mereka untuk mengembangkan ciri-ciri tersebut agar mampu bersaing dengan pelajar-pelajar lain. Dengan ini kami pendidik di sekolah ini berusaha dengan keupayaan dan kebolehan memberi sumbangan yang sempurna dan bermutu bagi memacu kecemerlangan di sekolah ini.
IKRAR SEKOLAH
SK. KABO HILIR SENTIASA BERKHIDMAT SERTA BERUSAHA DENGAN KEBOLEHAN DAN KEYAKINAN DENGAN PENUH KOMITMEN UNTUK MEMBERI PENDIDIKAN BERKUALITI DEMI MENCAPAI KECEMERLANGAN PADA APA JUA YANG DIAMANAHKAN KEPADA KAMI.
IKRAR PELAJAR
BAHAWASANYA KAMI PELAJAR-PELAJAR SK. KABO HILIR DENGAN INI BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN SENTIASA MENGAMALKAN NILAI AKHLAK YANG TINGGI DAN TERPUJI . MENINGKATKAN DIRI DENGAN BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM BIDANG KURIKULUM DAN KOKURIKULUM. KAMI SENTIASA MENGHORMATI DAN MENYAYANGI GURU-GURU,IBUBAPA DAN RAKAN-RAKAN KAMI. KAMI SENTIASA MEMATUHI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH SEPANJANG MASA.
Visi Sk Kabo Hilir
SEKOLAH KEBANGSAAN KABO HILIR ,SARATOK CEMERLANG MENJELANG TAHUN 2010
Misi SK Kabo Hilir
Untuk mencapai hasrat VISI murni,kami akan memastikan MISI berikut dilaksanakan melalui usaha meningkatkan kecemerlangan • pengurusan & kepimpinan •Kurikulum pelajar •Ko-kurikulum pelajar •Sahsiah pelajar •Hubungan antara ibu-bapa dan komuniti dengan sekolah
Satu percubaan yg memuaskan. Teruskan cikgu.
ReplyDelete