Followers

Sunday, 25 October 2009

BUDI BAHASA BUDAYA KITA


BUDI BAHASA BUDAYA KITA

AMANAH
TANGGUNGJAWAB
IKHLAS
BENAR
SEDERHANA
TEKUN
BERSIH
BERDISIPLIN
BEKERJASAMA
BERPERIBADI MULIA
BERSYUKUR
BERMUAFAKAT
BERTOLERANSI
BERTIMBANG RASA
BERSATU PADU
BERETIKA
TIDAK MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
TIADA PERASAAN CURIGA

PIAGAM PELANGGAN

PIAGAM PELANGGAN
Bahawa kami warga SK Kabo Hilir berjanji untuk
memberikan perkhidmatan yang terbaik
kepada pelanggan kami seperti berikut :-
Murid :
Memberi pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti
kepada setiap murid secara adil dan saksama.
Memastikan semua murid yang mendaftar di sekolah ini
mendapat layanan yang adil dan sama rata.
Memastikan semua murid yang layak mendapat pinjaman
buku teks untuk tahun berikutnya menerima ,
sebelum sesi persekolahan berakhir.
Memastikan semua murid tahap dua mendapat peluang menyertai kegiatan ko-kurikulum dan menjadi ahli kepada sekurang-kurangnya satu kelab akademik/persatuan,
satu kelab beruniform dan satu aktiviti sukan/permainan.
Peluang diberi kepada murid tahap satu untuk menyertai satu aktiviti kokurikulum mengikut minat dengan kebenaran ibubapa.
Guru dan kakitangan :
Setiap guru dan kakitangan sekolah menerima latihan dalaman dalam bidang masing-masing sekurang-kurangnya
dua kali setahun.
Sebarang masalah/kesulitan yang dihadapi oleh setiap guru dan kakitangan akan diambil tindakan segera.
Waris:
Setiap waris murid yang berurusan dengan sekolah
akan dilayan secara adil dan sama rata.
Setiap cadangan/usul yang baik dan munasabah akan dibincang
dalam mesyuarat AJK PIBG.
· Bekerjasama dan Menjalinkan hubungan Mesra
dengan waris dan Masyarakat.
Jabatan Pelajaran:
Memastikan setiap arahan dan permohonan dari PPG / JPN / KPM
mendapat tindakan sehari selepas surat/arahan diterima.

Tuesday, 13 October 2009

Aktiviti Harian Pelajar Asrama

Asrama SK Kabo Hilir dihuni oleh 44 orang murid. Walaupun jumlahnya tidak ramai, tetapi mereka dapat memeriahkan sekolah. Aktiviti harian pelajar asrama ialah:

6.00 am - bangun dan terus ke gelanggang untuk senaman pagi

6.30 am - selepas senaman, mandi dan berkemas

7.00 am - minum pagi

7.20 am - masuk kelas

7.30 am - kelas bermula

10.30 am - minum rehat

2.00 pm - kelas tamat dan makan tengahari

2.45 pm - masa senyap

3.30 pm - kelas SBT/kelas Tambahan / aktiviti ko-kurikulum

4.30 pm - minum petang

4.45 pm - akriviti riadah

5.30 pm - mandi

6.00 pm - makan petang

6.46 pm - berus gigi / kutip sampah

7.00 pm - belajar malam

8.30 pm - minum malam

9.30 pm - tidur

***Aktiviti harian pada hari Ahad dan Jumaat adalah berbeza.

Monday, 12 October 2009

Lirik Lagu Sekolah

LAGU SEKOLAH



Nun jauh di sana

Sekolah ku tercinta

Tersergam indah dan permai

Dedaun melambai-lambai



Sk Kabo Hilir

Mendidik putera puteri

Mengenal rukun negara membaca menulis mengira (2x)



Marilah, marilah

Berusaha, berusaha

Asas kejayaan kita semua

Disiplin, disiplin

Teras kami, teras kami

Ajaran guru semat di hati



Sk Kabo Hilir

Jasamu tetap ku kenang

Rahmatkan oh Tuhanku selamatkan sekolahku (2x)

Saturday, 10 October 2009

Program / Aktiviti Sekolah

Di bawah adalah antara aktiviti/program yang dijalankan di sekolah


Perhimpunan Sambutan Hari Kemerdekaan 2009

Ceramah Keselamatan dan Latihan Fire Drill



Penyerahan wang KWAPM








Kem Q-Lulus UPSR 2009
















Nyanyian lagu oleh guru SKKH sempena Hari Guru















Sukaneka Tahunan










Friday, 9 October 2009

Jumlah Pelajar 2009

Jumlah pelajar mengikut kelas.

Pra Sekolah    : 18 Orang (GK: Syamsinar)

Tahun 1          : 8 Orang (GK: Clemont)

Tahun 2          : 7 Orang (GK: Bakri)

Tahun 3          : 5 Orang (GK: Mohd Zawawi)

Tahun 4          : 4 Orang (GK: Mohamad Zelmi)

Tahun 5          : 12 Orang (GK: Wan Nurul Asyikin)

Tahun 6          : 8 Orang (GK: Zahiruddin)

Jumlah murid keseluruhan:   62 Orang

Senarai Staf SKKH

Guru Besar: En Zulkifli Hj Jawawi

PK Kurikulum: En William Jenang

PK Hal Ehwal Murid: En Barau Umak

PK Kokurikulum: En Marzuki Mahrip

Guru: En Abang Shamshudin Abang Ahmad

Guru: En Mohamad Zelmi Sammy

Guru: En Bakri Talib

Guru: En Clemont

Guru: En Mohd Zawawi

Guru: En Zahiruddin

Guru: Pn Wan Nurul Asyikin

Guru: Cik Syamsinar

PPM Asrama: Pn Rini Dom

PPM Prasekolah: Pn Loh Injai


PTR: Pn Catherine Jantan

***

PPM Asrama: Puan Zuliana

PAP(Tukang Masak): Puan Noor Azizah


PAP (Tukang Masak): Puan Norina Sani

Kekosongan jawatan: Penyelia Asrama






Sejarah Sekolah

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1951 oleh penduduk Rumah Panjang Sungai Bangkong secara gotong-royong. Pada awalnya hanya terdapat sebuah bangunan sahaja. Bangunan ini dibina dengan tiang belian, atap daun dengan 2 tingkat berukuran 30’ x 50’. Tingkat bawah digunakan sebagai bilik darjah dan dewan makan sementara di tingkat atas digunakan sebagai asrama lelaki dan asrama perempuan.
 Sekolah ini pada asalnya diberi nama SRK SG.BANGKONG kerana keseluruhan pembinaannya dilakukan oleh penduduk di situ. Bila ia dibuka ,bilangan pelajar adalah seramai 68 orang .Guru yang PERTAMA mengajar di sini ialah Encik George Labut.
 Pada Tahun 1956 Jabatan Pendidikan telah membina sebuah bangunan baru yang menempatkan 5 buah Bilik Darjah dan 1 Bilik Pejabat yang dibina dengan lantai limen, dinding papan dan atap asbestos .
 Dalam Tahun 1960 sekolah ini ditukar namanya SK KABO HILIR atas sebab keluarga –keluarga dari Rumah Panjang berdekatan turut menghantar anak-anak mereka untuk belajar di situ.(Satu-satunya sekolah yang ada di kawasan KABO).  
 Jaraknya dari Pekan Saratok ialah 30 kilometer dan berkeluasan kira-kira 2.5 ekar.
 Pada masa sekarang, terdapat 12 orang guru dan 5 orang kakitangan sokongan yang sedang berkhidmat di sekolah ini, manakala jumlah rumah yang ada disekolah ini hanya 8 buah sahaja.