Followers

Friday 20 November 2009

Berita Terkini

Perhatian kepada semua ibu bapa pelajar, tarikh pendaftaran pelajar Pra Sekolah dan Pelajar Tahun 1-6 adalah 3.1.2010 jam 2.00 petang. Harap maklum.

Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua pelajar Tahun 6 di atas keputusan UPSR yang membanggakan. Keputusan terbaik diperolehi oleh Rosita Sima yang mendapat 3A 2B. Tahun ini sekolah mencapai kelulusan 100%.

Sekolah juga dikejutkan dengan surat yang diterima pada minggu lepas iaitu 2 orang guru berpindah ke tempat yang diminta. Tahniah diucapkan kepada Cikgu Mohd Zawawi dan Cikgu Wan Nurul Asyikin yang masing-masing berpindah ke Gombak dan Ampang, Selangor.

Pihak sekolah telah dengan jayanya mengadakan dua majlis iaitu Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Anak Wawasan & Konvokesyen Pra-Sekolah (sebelah pagi) dan Majlis Jasa Disanjung, Datang Dijunjung(sebelah malam) pada 19.11.2009. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En.Masduki Bin Sulaibi, Unit Kokurikulum, PPD Saratok.

No comments:

Post a Comment